Abang Viva belum 'sah' jadi anggota APM

Abang Viva belum ‘sah’ jadi anggota APM

CURTHBERT JOHN Martin Quadra (tengah) memotong kek bersama-sama pegawai dan anggota APM sempena HUTPA Ke-70 di Kompleks KDN, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar (gambar kecil) belum menjalani latihan asas untuk melayakannya menjadi sebahagian daripada anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM). 

Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat ini Azwan, 30, bersetuju menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam, namun belum mempunyai kelapangan untuk menghadirkan diri. 

Katanya, bagaimanapun pihaknya akan menguruskan masa yang sesuai bagi memastikan Azwan dapat menjadi anggota sukarelawan pada tahun ini. 

“Kita memang bersedia memberi latihan kepada Azwan bagi berkongsi ilmu penyelamatan yang lebih terperinci dan sistematik.

“Bagaimanapun, setakat ini dia belum dapat menghadiri kursus yang disediakan dan kita sedang menyusun masa yang sesuai untuknya bagi memastikan dia menjadi sebahagian daripada pasukan APM pada tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-70 peringkat negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai latihan tersebut, beliau memberitahu, ia diadakan secara berjadual setiap tahun bagi pengambilan sukarelawan baharu.

“Kita tidak mahu menganggu dia (Azwan) sangat, kursus ini pun memang sentiasa dilaksanakan setiap kali pengambilan sukarelawan baharu dilakukan. 

“Pada bulan ini juga kita ada membuat pengambilan untuk sukarelawan,” jelasnya. 

Abang Viva sebelum ini mencuri perhatian rakyat Malaysia berikutan semangat dipamerkannya membantu mangsa banjir di Selangor pada Disember lalu, meskipun hanya berbekalkan wang saku sebanyak RM50. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya