90 % padi IADA musnah

90 % padi IADA musnah

KEADAAN padi terendam air di sekitar kawasan operasi IADA di Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kira-kira 90 peratus tanaman padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin- Semerak musnah akibat banjir luar jangka yang berlaku sejak kelmarin.

Pengarah IADA Kemasin-Semerak, Rohani Jusoh berkata, sebahagian 6,500 hektar kawasan tanaman padi dalam kawasan operasi IADA terutama di Pasir Puteh mengalami kerosakan teruk.

Menurutnya, kawasan operasi IADA melibatkan dua daerah iaitu Pasir Puteh dan Bachok dengan jumlah seramai 1,400 petani yang memanfaatkan sistem saliran dan pengairan serta insentif lain-lain bantuan.

“Kemusnahan teruk melibatkan daerah Pasir Puteh manakala di Bachok tidak sedemikian. Kita akan berusaha mendapatkan data kerugian sebenar untuk memohon bantuan bagi meringankan beban petani terbabit.

“Kami melihat rungutan petani termasuk video yang tular di media sosial. Saya dan pegawai IADA sentiasa turun padang bukan sahaja meninjau perkembangan air pasang surut dan fungsi pintu kawalan air sama ada berfungsi atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysi

Rohani turut mengesahkan tujuh pintu kawalan pasang surut air Tidal Gate Gong Kulim yang mengalami kerosakan sebagaimana dakwaan petani yang menyebabkan tanaman mereka ditenggelami air sepanjang hujan lebat.

Katanya, hanya tiga pintu sahaja yang berfungsi dan boleh mengalirkan air ke laut menerusi Terusan Tok Bali namun bergantung kepada ukuran dan beza antara ketinggian air laut dan daratan sebelum pintu kawalan air dibuka.

“Ada pegawai yang bertugas 24 jam di Tidal Gate termasuk di Tidal Gate Kampung Lembah yang menyediakan enam pintu pelepasan air daratan.

“Kita tidak membuka mana-mana pintu yang masih berfungsi apabila air laut keadaan tinggi daripada air daratan yang boleh mengundang musibah baharu. Pertembungan air pasang besar dan taburan hujan yang melibatkan fenomena cuaca luar jangka tidak mampu kita tangani kerana ia adalah ketentuan Allah,” ujarnya.

Rohani berkata, setiap satu pintu kawasan air yang rosak melibatkan kos RM1 juta untuk kerja pembaiki semula yang memerlukan RM7 juta untuk memulihkan semula tujuh unit pintu yang telah lama mengalami kerosakan.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya