700 rumah setinggan musnah dalam kebakaran

700 rumah setinggan musnah dalam kebakaran

RUMAH setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Tawau semalam.-IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Kira-kira 700 rumah setinggan musnah dalam kebakaran yang berlaku di perkampungan atas air di Kampung Kurnia Jaya, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira pukul 4.45 petang dan sepasukan anggota bomba dengan bantuan beberapa agensi lain bergegas ke lokasi kejadian.

Semasa tiba di lokasi didapati, api sedang merebak memusnahkan sebahagian rumah setinggan di perkampungan atas air berkenaan dan pasukan bomba segera melakukan operasi pemadaman.

Beliau berkata, struktur binaan rumah yang terlalu rapat menyebabkan api merebak dengan terlalu cepat dan menyukarkan anggota mengawal api yang sedang merebak.

“Rumah yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api sukar untuk dikawal. Malah, anggota terpaksa menggunakan sumber air laut dan juga lori tangki bomba bagi memadam kebakaran.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

RUMAH setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Tawau semalam.-SUMBER  MEDIA SOSIAL

Menurut beliau, api berjaya dikawal pada pukul 9.37 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.30 malam.

Operasi pemadaman disertai lebih 100 orang anggota pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Bomba Komuniti Sri Kitingan serta penduduk kampung. -UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya