51 individu kena kompaun tidak pakai pelitup muka, imbas MySejahtera - Utusan Malaysia

51 individu kena kompaun tidak pakai pelitup muka, imbas MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 51 individu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan tidak mengimbas MySejahtera dalam Operasi Bersepadu Mega di daerah ini dan Kubang Pasu selama dua hari berakhir hari ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, tindakan tersebut diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

“Sebanyak 51 notis kesalahan dikeluarkan dengan tawaran kompaun bernilai RM 51,000 dengan 19 notis dikeluarkan bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Sebanyak 32 notis lagi di bawah kesalahan tidak mengimbas MySejahtera ketika memasuki premis,” katanya dalam.satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pada operasi yang sama, sebanyak 202 notis kesalahan dikeluarkan dengan tawaran kompaun bernilai RM50,200 bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004).

“Sebanyak 84 Notis dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan 11 (1) (d),  tujuh Notis di bawah Peraturan 11 (1)(e), sembilan notis di bawah Peraturan 13 (1).

“Kesalahan lain pula sebanyak 102 notis meliputi kesalahan jualan rokok di bawah harga minimum (4), menjual rokok dalam paket yang  dibuka (3), merokok di hospital (4), merokok di premis kerajaan (19), kompleks membeli-belah (17), lapangan terbang (14) dan gagal pamer tanda larangan merokok (41),” katanya.

Katanya, aktiviti penguatkuasaan tersebut dijalankan di 764 premis di dua daerah tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya