5 haiwan liar tempatan diabadikan dalam setem khas

5 haiwan liar tempatan diabadikan dalam setem khas

TANGKAP layar setem khas yang bertemakan Hidupan Liar Terancam terbitan Pos Malaysia Berhad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelbagai spesies binatang liar popular tempatan kemungkinan kurang begitu dikenali terutama dalam kalangan generasi muda yang hidup moden dan tinggal di bandar.

Sehubungan itu, Pos Malaysia Berhad mengambil inisiatif dengan menawarkan koleksi setem khas yang bertemakan Hidupan Liar Terancam dilancarkan baru-baru ini di seluruh negara.

Menurut hantaran agensi berkenaan menerusi akaun sosial rasminya, kesemua haiwan liar itu dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang negara kerana bersifat nadir dan diancam pupus. Antara ditawarkan ialah spesies kura-kura duri yang juga dikenali sebagai kura-kura matahari atau dalam bahasa Inggerisnya ialah spiny terrapin dengan dijual pada nilai 50 sen sekeping.

Tidak ketinggalan dengan harga yang sama ialah beruk kentoi atau dalam bahasa Inggeris ialah stump-tailed macaque dengan paparan imej tiga anggota keluarga mamalia primat tersebut.

Sementara itu, dua lagi speeis ditawarkan pada harga 80 sen sekeping iaitu memerang kecil atau small-clawed otter dan unggas yang dikenali sebagai takau rimba atau banded broadbill.

Bagaimanapun, harimau malaya atau malayan tiger dijual pada harga RM5 dalam setem tunggal berbentuk lembaran mini dengan sampul surat hari pertama memaparkan imej tenggiling.

Bagi peminat yang mahu keseluruhan koleksi itu, ia ditawarkan pada harga RM45.60 dengan diberi pembalut, dua lembaran 40 keping setem dan dua sampul surat hari pertama bersetem.

Mereka yang berminat boleh mendapatkannya di kesemua pejabat pos besar di setiap ibu negeri selain membelinya daripada sejumlah 94 cawangan Biro Filateli Pos Malaysia Berhad.Ini termasuk pejabat pos di kebanyakan bandar besar seluruh negara serta empat institusi pengajian tinggi awam sekitar Lembah Klang antaranya Universiti Malaya di Kuala Lumpur.

Peminat filateli juga boleh melaksanakan tempahan pembelian secara atas talian menerusi pautan daripada laman sesawang rasminya iaitu https;//bit.ly/setemhidupanliarterancam.

Ia merupakan koleksi setem khas bertema yang ketiga dilancarkan oleh Pos Malaysia Berhad untuk tahun ini selepas tema Bunga Boleh Dimakan dan Seni Pembuatan Kuih Tradisional. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya