47 sukarelawan USIM bantu mangsa banjir Kemaman

47 sukarelawan USIM bantu mangsa banjir Kemaman

SUKARELAWAN USIM membersihkan lumpur di Sekolah Kebangsaan Air Putih, Kemaman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 47 sukarelawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) termasuk 39 pelajar dan lapan kakitangan turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di daerah ini.

Kesemua mereka merupakan kumpulan pertama dalam Misi USIM Prihatin selama tiga hari di Kampung Air Putih, hingga esok.

Wakil sukarelawan, Umairatul Izzah Md. Ariff Maricar, 24, berkata, selain membersihkan kediaman penduduk, mereka turut terlibat mencuci Sekolah Kebangsaan Air Puteh dan masjid.

Katanya, sumbangan barangan keperluan asas seperti makanan, kelengkapan bayi, ubat-ubatan, tilam dan bantal turut diagihkan kepada mangsa.

“Sambutan dalam kalangan pelajar untuk menjadi sukarelawan pasca banjir ini amat menggalakkan dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menerima sehingga 70 permohonan.

“Ini menunjukkan siswa kita begitu prihatin dan bersedia untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan bencana banjir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Umairatul Izzah berkata, sebelum ini mereka turut terlibat dalam misi pasca banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya