45,402 terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

45,402 terima Pingat Jasa Pahlawan Negara 

ZAINI Jass (empat dari kiri) bersama penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara di Seremban, hari ini. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengorbanan dan khidmat bakti seramai 45,402 anggota, bekas dan pesara polis yang bertugas pada zaman darurat di seluruh negara mendapat penghargaan apabila mereka diiktiraf sebagai penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,961 masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 13,530 orang adalah pesara. 

“Penganugerahan PJPN ini diberikan kepada penerima tidak mengira pangkat dengan deputi superintenden adalah kategori tertinggi.

“Jumlah keseluruhan untuk anggota polis yang masih berlhidmat adalah seramai 16,421 manakala pesara polis seramai 38,981 orang dengan 13,530 orang menerima pingat ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian PJPN Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Menurut Zaini, baki seramai 3,460 polis yang masih berkhidmat dan 15,451 pesara  belum menerima anugerah disebabkan kekangan penularan Covid-19. 

“Empat negeri iaitu kontinjen Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur telah pun selesai mengadakan majlis pemberian pingat. Pada 30 Mac ini, Kelantan dan Johor manakala Sarawak sedang mendapatkan tarikh yang bersesuaian,” katanya.

Jelas Zaini, di bawah kontinjen Negeri Sembilan terdapat seramai 193 penerima iaitu 99 daripadanya masih berkhidmat yang terdiri daripada pelbagai pangkat. 

“Secara keseluruhan yang menerima pingat PJPN ini terdiri daripada seorang pegawai Asisten Superintenden, Sub Inspektor (6) Sarjan Mejar (15), Sarjan (56) dan Korperal (21)” katanya. 

Sementara itu, salah seorang pesara polis yang merupakan penerima anugerah PJPN, Sharudin Yusof, 73, berkata, selepas lebih 30 tahun menunggu, dia akhirnya menerima pingat terbabit dan menganggapnya sebagai hadiah istimewa selepas 26 tahun bersara daripada pasukan tersebut..

Beliau yang menjawat jawatan terakhir Koperal Detektif di Cawangan Khas Bukit Aman berkata, anugerah tersebut adalah satu penghargaan kepadanya sebagai anggota keselamatan yang bertugas di lapangan ketika zaman komunis. 

“Tugas terakhir saya adalah di Unit Cawangan Khas dengan pangkat Koperal Detektif. Ketika itu saya terbabit secara langsung sebagai perisik dengan menyalurkan maklumat mengenai komunis kepada pihak berkuasa. 

“Ketika itu tiada siapa yang tahu mengenai kewujudan unit kami yang dikenali sebagai F Team. Pasukan ini berjaya mematahkan kumpulan pengganas komunis antara tahun 1971 hingga 1989,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya