412 PPV untuk PICKids secara walk-in 

412 PPV untuk PICKids secara walk-in 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menambah sebanyak 412 pusat pemberian vaksin (PPV) bagi melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) secara walk-in di seluruh negara bagi kemudahan ibu bapa.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, semasa cuti sekolah ini, ibu bapa yang belum mempunyai janji temu vaksinasi untuk anak-anak berusia lima hingga bawah 12 tahun digalakkan membawanya ke PPV berdekatan secara walk-in untuk menerima vaksinasi. 

Katanya, sekiranya kuota vaksinasi untuk kanak-kanak pada hari tersebut habis di PPV yang dihadiri, ibu bapa boleh memilih untuk datang semula PPV itu keesokan hari atau boleh mendaftarkan anak untuk dapatkan slot vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera. 

“Senarai PPV walk-in untuk PICKids dan dos penggalak, mengikut negeri dilampirkan untuk rujukan ibu bapa. Ibu bapa yang mendaftarkan anak untuk menerima vaksin akan menerima pautan tempahan janji temu.

“Melalui pautan ini, mereka boleh memilih tarikh dan lokasi vaksinasi mengikut kesesuaian waktu ibu bapa atau penjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga 1 Mac lalu, seramai 904,368 orang (25.5 peratus) kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi PICKids yang bermula sejak 3 Februari lepas.

Katanya, pelaksanaan secara walk-in pula bermula 1 Mac lalu di beberapa PPV di Lembah Klang iaitu PPV WTC, PPV Axiata, PPV IDCC dan PPV Soka Gakkai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya