Ceupacs tolak penswastaan penyediaan makanan hospital kerajaan

Ceupacs tolak penswastaan penyediaan makanan hospital kerajaan

ADNAN Mat (duduk-tengah) bersama Setiausaha Tetap Ceupacs Sabah, Ajulahin Japin (duduk-kanan) semasa sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Ceupacs) menolak cadangan kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan penyediaan makanan di tiga buah hospital di Sabah.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kerajaan tidak harus melihat isu ini dalam konteks keuntungan semata-mata kerana sektor perkhidmatan ini bukan mendatangkan keuntungan dari segi hasil secara langsung.

Beliau berkata, cadangan tersebut perlu disemak semula bagi memberi ruang kepada sektor perkhidmatan ini ditambah baik dari segi kualiti perkhidmatannya.

Katanya, cadangan penswastaan penyediaan makanan ini khususnya di Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah menerima surat daripada kementerian pada 11 Januari lalu untuk memaklumkan permohonan syarikat swasta ingin mengambil alih perkhidmatan tersebut.

“Ceupacs telah meneliti cadangan itu dan mendapati kami tidak pernah dipanggil oleh Kementerian Kesihatan untuk sesi libat urus sebaliknya, kami diarah menyediakan maklumat kepada pihak swasta bagi tujuan penswastaan.

“Bagi kami, ini amat tidak munasabah kerana menggunakan maklumat kerajaan untuk pihak lain dapat manfaat secara terus.

“Kami mempunyai masa dua minggu lagi bagi mengumpul semua data dan membuat rumusan untuk dibawa kepada kerajaan tapi, pada asasnya kami menolak cadangan ini. Bagi kami, kerajaan perlu mengadakan libat urus untuk menjelaskan penswastaan ini tidak perlu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Adnan berkata, pihaknya bimbang sekiranya penswastaan itu dilakukan, 79 orang pembantu penyedia makanan dan penolong pegawai penyediaan makanan di HQE 1, HQE II dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas akan terjejas.

Berdasarkan keadaan semasa, penyediaan makanan dimasak di hospital mengikut dietetik dan keperluan pesakit. Namun, apabila penswastaan dilakukan, penyediaan makanan akan dimasak di luar maka, mutu dan tahap keselamatan makanan mengikut diet pesakit tidak terjamin.

Jelas beliau, perkhidmatan sedia ada sekarang lebih berkesan kerana penyediaan makanan lebih pantas tepat pada wakut dan mengikut diet pesakit.

Dalam pada itu, Ceupacs turut mencadangkan agar sistem persaraan penjawat awam baharu perlu diwujudkan bagi menggantikan sistem yang telah digunakan sejak 20 tahun lalu.

Tambah beliau, kerajaan juga harus menunaikan segala pengumuman yang dibuat sejak 2018 tanpa mengambil kira perubahan yang berlaku pada kerajaan kerana dasar sedia ada harus diteruskan.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya