26,250 kes Covid-19, 77 kematian direkod

26,250 kes Covid-19, 77 kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 26,250 kes Covid-19 dicatatkan semalam berbanding sebelum ini 33,286 kes.

Kementerian Kesihatan berkata, jumlah tersebut menjadikan kes kumulatif 3,801,036. 

Selain itu, sebanyak 25,089 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan jumlahnya kini mencecah 3,443,532.

“Sebanyak 323,784 kes masih aktif, termasuk 311,946 yang menjalani isolasi di kediaman masing-masing.

“Selain itu, seramai 2,780 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala 8,691 menerima rawatan di hospital,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan berkata,  sebanyak 77 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, yang mana 23 daripadanya meninggal dunia di luar hospital. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya