banjir kilat

20 rumah terjejas banjir kilat

KEADAAN banjir kilat yang melanda kawasan perumahan Jalan Mohd. Yasmin, Telok Gadong di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 20 rumah di Jalan Mohd. Yasmin, Telok Gadong di sini, dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan fenomena air pasang hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu menyebabkan paras air mencecah hampir satu meter memasuki kawasan rumah penduduk.

Namun, keadaan kembali terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.21 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dikerah dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati sebanyak 20 rumah terlibat dalam banjir kilat sedalam tiga kaki atau hampir satu meter itu.

“Situasi di lokasi bagaimanapun terkawal dan paras air dalam keadaan statik selain hujan sudah berhenti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norazam, pihaknya turut menjalankan pemantauan menyeluruh di sekitar kawasan perumahan itu dan tiada sebarang pemindahan mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Tambah beliau, bomba bagaimanapun sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan akan menjalankan pemantauan berterusan di lokasi tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya