150 pengunjung, pemilik premis hiburan dikompaun

150 pengunjung, pemilik premis hiburan dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 150 pengunjung dan pemilik premis hiburan dikompaun RM150,000 dalam serbuan berasingan di ibu negara, semalam.

Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dijalankan  sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di dua pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan Jalan Bukit Bintang, di sini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menahan seramai 12 orang terdiri 10 warga tempatan dan dua warga asing berusia 18 hingga 45 tahun di premis pertama.

Menurutnya, warga tempatan termasuk pengurus dikompaun RM1,000 setiap seorang manakala warga asing disiasat mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam pemeriksaan kedua, seramai 140 warga tempatan berusia 18 hingga 65 tahun ditahan dan dikompaun RM1,000 setiap seorang.

“Kita turut membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 atas kesalahan menganjur kelab malam tanpa lesen sah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. 

Katanya, polis akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan ke atas kelab malam yang jelas tidak dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPB) Fasa 4.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya