113 menara telekomunikasi Terengganu terjejas banjir

113 menara telekomunikasi Terengganu terjejas banjir

ANTARA peralatan telekomunikasi di Terengganu yang ditenggelami banjir baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 113 menara telekomunikasi di Terengganu terjejas dalam kejadian banjir besar, baru-baru ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, nasib sama turut dialami 24 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi). 

Katanya, ketika ini kerja-kerja baik pulih kerosakan giat dijalankan oleh pihak syarikat telekomunikasi terlibat agar kemudahan itu dapat beroperasi semula setelah bekalan elektrik disambung sepenuhnya.

“Berdasarkan laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) negeri, terdapat peralatan telekomunikasi di dua menara ditenggelami air walaupun platform yang menempatkan peralatan berkenaan pernah ditinggikan sebelum ini. 

“Sehubungan itu, pihak syarikat telekomunikasi terlibat disarankan mengkaji semula tahap ketinggian platform peralatan terutama di menara-menara telekomunikasi yang terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi negeri yakin kerjasama baik antara pihak SKMM Terengganu dan syarikat telekomunikasi memudahkan proses penyaluran maklumat terkini kepada rakyat terutama dalam situasi banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya