10,000 MyChampion dilantik tahun ini - KKM

10,000 MyChampion dilantik tahun ini – KKM

KHAIRY Jamaluddin berucap pada Majlis Pelancaran MyChampion di Sepang, Selangor. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melantik 10,000 ejen kesihatan komuniti atau MyChampion terdiri daripada wakil agensi dan jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ia adalah tambahan kepada 7,000 MyChampion yang dilantik tahun lalu. 

Beliau berkata, ejen kesihatan ini akan membantu kerajaan untuk memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April ini. 

“Kami amat menghargai penglibatan sukarelawan ini kerana mereka bersama-sama kementerian menyokong inisiatif-inisiatif promosi kesihatan dan pemerkasaan komuniti demi kesejahteraan kesihatan rakyat. 

“Tempoh pandemik Covid-19 ini menuntut setiap ahli masyarakat untuk bersama secara ‘whole-of-nation’ dalam usaha memangkin perubahan minda dan tingkah laku kesihatan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MyChampion peringkat kebangsaan, hari ini. 

Katanya, MyChampion juga akan dapat dilatih dan diperkasa dalam aspek kesihatan merangkumi budaya hidup sihat, amalan norma baharu, kawalan kesihatan kendiri, pengambilan vaksin dan penjagaan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan. 

Khairy berkata, strategi ini dapat memastikan penglibatan semua pihak di pelbagai peringkat melaksanakan inisiatif dan aktiviti promosi kesihatan dalam komuniti di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.

“Sukarelawan yang merentasi agensi ini dapat membantu KKM sebagai pemangkin perubahan tingkah laku kesihatan secara bersepadu, terancang dan menyeluruh supaya aktiviti berkaitan kesihatan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Pada masa sama, portal MyChampion akan diwujudkan sebagai pangkalan maklumat serta informasi kesihatan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan,” katanya.

Katanya, beliau juga mahu MyChampion menjadi juara bagi membantu masyarakat masuk ke fasa peralihan dan menegur masyarakat yang merokok di kawasan tumpuan awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya