1,000 pelajar Asnaf B40 Hulu Langat, Gombak terima RM160,000

1,000 pelajar Asnaf B40 Hulu Langat, Gombak terima sumbangan infak RM160,000

IDRIS Ahmad menyerahkan sumbangan kelengkapan sekolah untuk pelajar asnaf sempena sesi baharu persekolahan 2022/2023 di Kompleks Islam Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 1,000 pelajar asnaf B40 di daerah Hulu Langat dan Gombak yang terjejas teruk akibat musibah banjir serta pandemik Covid-19 yang melanda negara baru-baru ini akan menerima sumbangan infak RM160,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak dan Hulu Langat memaklumkan bahawa jurang kemiskinan akibat banjir dan pandemik Covid 19 memberikan impak sangat besar kepada masyarakat.

“Pada pagi ini Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Sekretariat Dakwah Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (SDK Jakim) memberikan komitmen menyumbangkan dana secara khusus tanpa menggunakan Tabung SDK JAKIM sedia ada dalam bentuk barangan keperluan sekolah.

“Bagi seorang pelajar, mereka akan menerima sumbangan berupa pakaian lengkap dan beg sekolah. Inilah fokus kita membantu anak-anak mendapatkan pendidikan sempurna demi masa depan mereka,” katanya pada majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Infak Back To School untuk Para Pelajar Asnaf B40 Daerah Hulu Langat dan Gombak Sempena Sesi Baharu Persekolahan 2022/2023 di sini, hari ini.

Tambahnya, pada majlis tersebut pihaknya menerima sumbangan infak dari Lembaga Tabung Haji (RM50,000), Yayasan Taqwa MAIWP (RM50,000), Lembaga Hasil Dalam Negeri (RM20,000), Petronas (RM20,000), Celcom (bermula telefon pintar terpakai bernilai RM15,000) dan Bank Simpanan Nasional (RM5,000). 

Tidak ketinggalan juga Dewina Brahim’s Group di atas sumbangan kurma kepada masjid-masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Idris berkata, mengikut rekod pejabat pendidikan daerah, lebih 50 peratus daripada ibu bapa di kawasan ini tidak mampu untuk membayar yuran pendaftaran persekolahan anak mereka. 

“Bagi Ibu bapa yang terkesan dengan banjir pula, mereka telah kehilangan semua pakaian dan peralatan sekolah anak-anak mereka yang musnah serta rosak akibat banjir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya