100 daripada 16,863 kes positif kategori 3 ke atas

100 daripada 16,863 kes positif kategori 3 ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 16,863 kes berbanding kelmarin, 20,923 kes sekali gus diatasi 26,171 kes sembuh. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam turut merekodkan penurunan kepada 

299 kes berbanding kelmarin, 302 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan penurunan kepada 187 kes berbanding kelmarin, 198 kes.

“Bagi kluster Covid-19 pula, hanya satu kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, tiga kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,927 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 220 kluster berbanding kelmarin, 232 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,707 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Noor Hisham berkata, sebanyak 100 kes daripada 16,863 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 16,763 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 100 kes kategori tiga, empat dan lima, 30 kes (30 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 44 kes (44 peratus) menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 26 kes (26 peratus) menerima dos penggalak. 

“Selain itu, 69 kes (69 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas serta 63 kes (63 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan meningkat dengan jumlah sebanyak 37 kes berbanding semalam, 34 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi  ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 34,788 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak enam daripada 37 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,332 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya