PUTRAJAYA: Pendedahan Utusan Malaysia mengenai nasib 23,000 pegawai perubatan kontrak yang berlarutan sejak 2016 pada Jun tahun lalu membuahkan hasil apabila kerajaan bersetuju sejumlah 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan di Kementerian Kesihatan. Ia bagi tujuan melantik seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi bermula Jun tahun ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia adalah sebahagian daripada 8,686 perjawatan tetap tambahan melibatkan tiga kumpulan pegawai kementerian itu yang akan diwujudkan bermula tahun ini sehingga 2025. Beliau berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Januari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya