Wanita gagal selamatkan diri, rentung dalam kebakaran

Wanita gagal selamatkan diri, rentung dalam kebakaran

ANGGOTA Bomba mengeluarkan mangsa rentung dalam kebakaran di Kampung Tikolod, Tambunan hari ini.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU : Seorang wanita ditemukan rentung di bahagian ruang tamu rumahnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Tikolod, Tambunan dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa, Norhabibah Awang,30, dipercayai terperangkap di biliknya dan tidak sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Desmond Micky @ Dominic berkata, mayat mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat atas semasa kebakaran memusnahkan sepenuhnya rumah papan dua tingkat itu.

“Semasa operasi pemadaman dilakukan, kami menemukan mayat rentung pada bahagian ruang tamu rumah tersebut.

“Sembilan ahli keluarga mangsa berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

“Ahli keluarga lain hanya menyedari ketiadaan mangsa sebelum ketibaan bomba namun, tidak sempat untuk menyelamatkannya,” katanya.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.25 tengah malam dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan serta satu aliran salur bantu mula melalui sumber air dari tangki jentera dan juga pili bomba berhampiran.

“Pemadaman api berjaya dikawal pada pukul 1.30 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 1.45 pagi,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Proses komunikasi mengalami sedikit kelewatan kerana kawasan itu tidak mempunyai liputan rangkaian trunk radio bersepadu kerajaan (GIRN). UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya