pelancong asing

Tourism Malaysia sedia terima pelancong asing

ISKANDAR Mirza Mohd Yusof (berdiri kanan) beramah mesra dengan agensi pelancongan dalam program My Destination-Sabah & Labuan Meet Johor & Putrajaya Roadshow 2022 di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tourism Malaysia bersedia menerima kedatangan pelancong asing yang datang berkunjung ke negara ini sebaik sempadan negara dibuka kelak. 

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd. Yusof berkata, untuk itu pihaknya memberi keutamaan kepada pelancongan berasaskan pengalaman yang menumpukan kepada pelancongan komuniti dan luar bandar.  

“Kalau dibuka (sempadan), ya kita bersedia dengan syarat bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Apabila ia dibuka, banyak agensi yang terlibat bukan hanya Tourism Malaysia. 

“Selain itu dalam konteks Tourism Malaysia, setiap pasaran adalah berbeza bergantung kepada cita rasa. Sekarang ini pelancong lebih inginkan pelancongan berasaskan pengalaman serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dikaitkan dengan pelancongan komuniti. 

 “Apabila ia berkait komuniti, ada beberapa perkara ditekankan supaya ia kembali kepada masyarakat setempat,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Perasmian My Destination Sabah & Labuan Meet Johor & Putrajaya Roadshow 2022 di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, SOP pelancongan berhubung pembukaan sempadan negara sedang dibincangkan ketika ini sekali gus perlu menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Jadi mungkin kena tumpukan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dan bukannya dalam kumpulan besar,” katanya. 

Berhubung majlis perasmian hari ini, Iskandar Mirza berkata, ia diharap dapat mewujudkan permintaan dan meningkatkan kunjungan pelancong ke Sabah dan Labuan yang kaya dengan pelbagai produk pelancongannya.     

“Dari segi pelancongan domestik, kita menggalakkan rakyat Malaysia terus bergerak dan melancong di dalam negara. Apa yang kita lihat waktu pandemik ini, dari segi trend pergerakan rakyat adalah berbeza. 

“Mereka lebih berminat kepada kawasan yang kurang kehadiran orang ramai selain lebih menghargai kepada alam semula jadi. Waktu pandemik ini, banyak produk pelancongan sebegini dikunjungi mereka. 

“Kita lihat waktu inilah kewujudan produk baharu yang mana mereka boleh bergambar untuk diletakkan dalam Instagram (misalnya), jadi kita Tourism Malaysia juga bekerjasama dengan kerajaan negeri terus mempromosi pelancongan domestik,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya