Tindakan pantas bomba halang kebakaran lebih besar

Tindakan pantas bomba halang kebakaran lebih besar

ANGGOTA bomba bertindak pantas dengan usaha memadam api di lokasi kejadian di Kampung Sourabaya Hilir, Petra Jaya di sini pada awal petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menghalang api yang membakar rumah di Kampung Sourabaya Hilir, Petra Jaya di sini daripada merebak ke rumah-rumah yang lain.

Sementara itu, lima penghuni rumah berkenaan turut berjaya menyelamatkan diri apabila rumah dua tingkat yang mereka diami itu di dijilat api dalam kejadian pukul 1 petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Padungan dikerahkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dalam masa kira-kira 30 minit.

Katanya, 80 peratus rumah tersebut musnah dalam kebakaran tersebut, dan api berjaya dikawal daripada merebak ke rumah-rumah bersebelahan.

“Rumah tersebut didiami lima orang penghuni, masing-masing dua lelaki dewasa dan tiga perempuan dewasa.

“Kebakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa,” katanya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya