Tiada maklumat penularan Covid-19 di masjid - Utusan Malaysia

Tiada maklumat penularan Covid-19 di masjid

AHMAD ZAKIYUDDIN Abdul Rahman (tengah) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Van Jenazah kepada Masjid Negeri dan Masjid-Masjid Daerah di seluruh Pulau Pinang di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Bandar Perda hari ini. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum menerima sebarang aduan mengenai kemungkinan berlakunya penularan Covid-19 di masjid-masjid di seluruh negeri ketika ini.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, situasi itu menunjukkan rata-rata pengurusan masjid di negeri ini sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan semasa beroperasi.

“Alhamdulillah, setakat ini (penularan Covid-19 di masjid) tak ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditemui semasa menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Van Jenazah kepada Masjid Negeri dan Masjid-Masjid Daerah di seluruh Pulau Pinang yang diadakan di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Bandar Perda.

Jelas Ahmad Zakiyuddin, ketika ini pihaknya masih mengekalkan SOP sedia ada di masjid-masjid dan belum ada perbincangan atau arahan yang diterima untuk mengubah SOP berkenaan.

“Saya ingat mungkin apabila SOP diperketatkan nanti, barulah kita akan dihubungi oleh MKN atau KKM (untuk perubahan SOP dan sebagainya). Tapi sehingga sekarang, tiada perbezaan (SOP masih sama) untuk masjid,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, sebanyak RM872,280 diperuntukkan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) untuk diagihkan dalam bentuk sumbangan van jenazah kepada Masjid Negeri serta lima buah masjid di setiap daerah di negeri ini dengan setiap daripada kenderaan itu dianggarkan bernilai RM145,000.

“Kita faham masjid-masjid ini mungkin dah ada (van jenazah) tapi dalam sesetengah kes, ia mungkin tidak mencukupi. Jadi, ia (pemberian van jenazah) secara tidak langsung dapat memudahkan kerja-kerja pengurusan jenazah di masjid tersebut atau masjid berdekatan jika berlaku pertindihan penggunaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali berkata, pihaknya akan terus melihat serta memantau keperluan masjid-masjid dari semasa ke semasa dan cuba memenuhi keperluan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya