Tiada jaminan cabaran kini graduan PAKK 

Tiada jaminan cabaran kini graduan PAKK 

 ABDUL HALIM MASNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari universiti tempatan berdepan cabaran apabila tiada lagi jaminan penempatan di prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). 

Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan berkata, ia berikutan universiti tertentu dalam bidang tersebut telah menukar mod program kepada pengajian terbuka. 

“Ini bermakna, tiada jaminan penempatan di prasekolah Kementerian Pendidikan. Program pengajian terbuka ini memfokuskan kebolehpasaran pelajar bagi memenuhi permintaan di taska dan tadika swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, isu berkaitan gaji tidak setara dengan ijazah diperoleh dan kemudahan kurang memuaskan menjadikan graduan tidak ramai bekerja di taska serta tadika swasta.

Katanya, senario kemampuan pembayaran gaji di industri kebanyakannya bergantung pada kadar yuran bulanan, kemampuan ibu bapa, peningkatan kos operasi dan kesan pandemik Covid-19. 

 “Tidak dinafikan, faktor penetapan gaji di bawah RM2,000 bergantung kepada jenama dan kemampuan sesuatu taska atau tadika, namun, kita tidak boleh menyalahkan industri dari segi isu penawaran gaji rendah ini disebabkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.  

“Namun, ada dalam kalangan graduan masih kekal bekerja di swasta dengan mengambil kira minat mendalam serta peluang meningkatkan pengalaman profesion mereka. 

“Ada juga dalam kalangan mereka menerima gaji pendapatan melebihi RM2,000 disebabkan kecenderungan menjadi usahawan dalam bidang taska, tadika serta bekerja di tadika terkemuka atau bertaraf antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya