Tahanan polis mati ketika terima rawatan Covid-19

Tahanan polis mati ketika terima rawatan Covid-19

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 PETALING JAYA: Polis mengesahkan seorang lelaki yang tahanan atau orang kena tahan (OKT) mati selepas menerima rawatan di hospital kerana positif Covid-19, semalam.

OKT berusia 43 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia pukul 4.15 pagi.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, siasatan mendapati OKT itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi, Johor pada Rabu lalu.  Ia bagi mendapatkan rawatan kerana demam dan muntah.

“Hasil ujian saringan mengesahkan OKT itu positif wabak terbabit. Sebelum ditahan di wad  untuk rawatan lanjut. Punca sebenar kematian belum diketahui,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azri berkata, OKT itu ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Johor, mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 21 Januari lalu.

Kata beliau, lelaki itu direman empat hari dan didakwa di mahkamah pada 25 Januari lalu. Dia ditawarkan jaminan namun gagal menyediakan penjamin. Ini menyebabkannya diperintahkan ditahan reman di penjara.

“Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 1 Februari dan bicara pula pada 28 Februari ini. Bagaimanapun, OKT ditumpangkan sementara dalam lokap polis susulan penularan Covid-19 di penjara.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS, Bukit Aman akan melakukan siasatan berhubung kes kematian berkenaan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya