Suspek penggal ibu tiri direman tujuh hari

Suspek penggal ibu tiri direman tujuh hari

ibu tiri
SUSPEK kes penggal ibu tiri dengan parang direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lelaki yang disyaki membunuh ibu tiri dengan memenggal kepala mangsa menggunakan parang di Kampung Batu Machang, di sini petang semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi berkata, tempoh tahanan reman terhadap suspek yang berusia 39 tahun sehingga 22 Februari ini.

“Tahanan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum proses pendakwaan di mahkamah dapat diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media semalam melaporkan seorang wanita ditemukan dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya putus dipercayai dipenggal anak lelaki tirinya di rumah mereka di Kampung Batu Machang, Jerek.

Dalam kejadian pukul 4.55 petang itu, suspek yang dipercayai seorang penagih dadah dan pesakit mental menyerah diri di Balai Polis Bertam dengan mengatakan dia telah membunuh ibu tiri dengan parang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya