SugarBomb kekal taja Selangor FC untuk tahun ketiga - Utusan Malaysia

SugarBomb kekal taja Selangor FC untuk tahun ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lima tahun bertapak dalam bidang keusahawanan, jenama wangian SugarBomb melahirkan rasa teruja masih diberi kepercayaan untuk menjadi penaja dan menjalin kerjasama strategik dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang juga pemilik bersama kelab bola sepak Selangor (Selangor FC).

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusannya, Ahmad Azhari Rosli atau lebih dikenali sebagai Boss A, pihaknya cukup bertuah atas peluang yang diberikan yang menyaksikan ia adalah tahun ketiga kerjasam itu dijalinkan.

“Kami menjalinkan kerjasama strategik dengan Raja Muda Selangor yang juga pemilik bersama Selangor FC dan merupakan Presiden Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) sejak tahun 2020 lagi.

“Sejak itu, SugarBomb menjadi rakan pewangi rasmi bagi pasukan Selangor FC. Tahun pertama saja kami mengeluarkan produk kolaborasi bersama yang menampilkan tiga wangian penyegar udara berilhamkan jersi pasukan bola sepak itu. Kali ini, jalinan kerjasama itu berterusan untuk tahun ketiga,”katanya.

Menurutnya lagi, kerjasama tahun ini juga bakal menyaksikan penggunaan logo jenama itu di belakang jersi pasukan bola sepak terbabit.

“Kami dengan penuh rendah hati sangat gembira dapat terus menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah untuk tahun ketiga berturut-turut. Moga hubungan yang terjalin ini dapat terus dikekalkan demi kemajuan bersama,”katanya.

Terdahulu, Raja Muda Selangor turut berangkat ke ibu pejabat SugarBomb yang terletak di Bandar Bukit Raja, Klang sekali gus menandatangani jersi dan juga penyerahan replika cek (mock cheque) bernilai RM1.5 Juta, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Boss A menyifatkan pada tahun 2020 fasa awal pandemik, jenama itu diperkuatkan lagi dengan kehadiran Dr Zamir Othman bersama pasukan kerjanya yang memperkenalkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.

Pengasas SugarBomb bersama kakitangan bergambar bersama Raja Muda Selangor.

“2020 juga lonjakan kami untuk agresif dalam skop pemasaran. Nama jenama wangian itu juga semakin dikenali. Kami ada kilang dan pasukan R&D serta mempunyai mesin bancuhan minyak wangi sendiri yang mampu menghasilkan sehingga 3 juta botol wangian pelbagai rangkaian setiap bulan.

“Malah selepas kemasukan pasukan kerja Dr Zamir, rangkaian produk semakin bertambah. Dulu hanya ada minyak wangi dan penyegar udara. Sekarang, ada sanitasi tangan, penyegar fabrik, dan sebagainya.

“Tahun ini kami mahu buktikan golongan bumiputera juga mampu memiliki kilang tiga ekar yang mampu mengeluarkan banyak produk wangian yang berkualiti. Malah tahun ini juga kami membuka pintu untuk menghasilkan produk yang seangkatan daripada jenama pesaing,” katanya.

Hingga kini, jenama ini sudah mempunyai lebih 5,000 pengedar (agen dan stokis) aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Kami menjual produk wangian serendah RM10 hingga RM59. Kami mengalu alukan ramai lagi untuk sama sama menjana pendapatan dan terus Berjaya bersama SugarBomb.

“Sepanjang tahun ini kami yakin dan optimis untuk mencapai jualan RM70 juta dengan sokongan daripada ‘distributors’ kami. Insya-Allah dari sekarang hingga lima tahun mendatang, kami mahu terus bergerak untuk menjadi syarikat dan jenama kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya