SPM: Kelantan elak guna lokasi peperiksaan tempatkan mangsa banjir

SPM: Kelantan elak guna lokasi peperiksaan tempatkan mangsa banjir

AHMAD Yakob (dua dari kanan) melihat maklumat terkini situasi banjir semasa turun padang melawat PPS SK Lati di Pasir Mas, Kelantan, hari ini. - UFOTO/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula pada Rabu ini dijangka tidak terjejas di Kelantan meskipun seluruh negeri ini sedang berdepan bencana banjir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, bagi memastikan SPM berjalan lancar, semua sekolah menengah yang terlibat dengan peperiksaan itu tidak akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) banjir.

Selain itu kata beliau, Kerajaan Negeri Kelantan akan membuat perbincangan lanjut dengan Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung langkah susulan jika banjir memburuk di negeri ini.

“Sebarang perubahan atau tindakan lanjut sekiranya berlaku kecemasan akan kita maklumkan kemudian secepat mungkin. Kita perlu melihat perkara ini dalam pelbagai aspek, ditambah pula di musim Covid-19 ini.

“Saya berharap semua calon SPM bertenang dan dapat fokus untuk menduduki peperiksaan tersebut. Jangan mudah patah semangat dengan ujian yang sedang menimpa ketika ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turun padang melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lati sambil mengagihkan bantuan makanan dan barangan keperluan kepada mereka 

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, kerajaan negeri yakin banjir yang melanda Kelantan tidak akan memburuk, sebaliknya reda sehari dua lagi.

Beliau juga mengajak rakyat bersabar dan berdoa supaya keadaan kembali pulih seperti biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya