SOP PRN Johor amalan dua darjat - Guan Eng - Utusan Malaysia

SOP PRN Johor amalan dua darjat – Guan Eng

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan prosedur operasi standard (SOP) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai amalan dua darjat.

Malah beliau turut membidas SPR selepas memberi kebenaran penganjuran acara Perikatan Nasional (PN) yang dihadiri 2,000 orang sebelum ini.

“Adalah tidak masuk akal dan tidak logik bahawa acara seramai 2,000 orang yang diadakan secara terbuka oleh PN dibenarkan sebelum hari penamaan calon tetapi parti pembangkang tidak boleh melakukan perkara yang sama, semasa tempoh berkempen selepas hari penamaan calon,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mempersoalkan SPR sama ada menerima nasihat daripada pakar kesihatan atau sebaliknya berhubung penularan Covid-19.

“Pakar kesihatan berpendapat bahawa kawasan terbuka mempunyai risiko penularan Covid-19 yang lebih rendah berbanding ruang tertutup kerana pengudaraan yang lebih baik.

“Adakah SPR mendengar nasihat profesional apabila mereka melarang ceramah di kawasan terbuka atau awam?” Soalnya.

SPR menerusi ketetapan SOP PRN Johor yang dikeluarkan semalam berkata, sebarang perhimpunan atau perarakan tidak dibenarkan diadakan di mana-mana lokasi sepanjang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 26 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya