harga ayam

Selangor jual ayam murah sehingga Aidilfitri

IZHAM Hashim (tengah) meninjau gerai jualan Program Jualan Prihatin Rakyat di Taman Berjaya, Sabak Bernam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Program Jualan Prihatin Rakyat Selangor dijangka diperluaskan di 64 kawasan seluruh negeri ini bagi mengurangkan beban kenaikan harga barang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan  Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, semua lokasi itu sudah dikenal pasti pihaknya dan pelaksanaannya bermula di daerah ini.

Katanya, program jualan itu dijangka berlangsung setiap Sabtu dan Ahad sehingga sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Kerajaan negeri prihatin untuk membantu rakyat yang terbeban dengan harga barang yang kian meningkat.

“Justeru, program ini tidak mustahil akan diperluaskan di seluruh Selangor sekiranya mendapat permintaan positif rakyat,” katanya selepas merasmikan program itu di Taman Berjaya di sini, semalam.

Jelas Izham, pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan dan telur.

“Harga ayam dijual lebih murah iaitu hanya RM12 seekor berbanding RM15 seekor atau lebih di pasaran lain,” ujarnya.

Tambah beliau, selain membantu orang ramai mendapatkan harga murah, program itu membantu peniaga atau warga tani memasarkan produk masing-masing.

Katanya, pembeli mendapat harga rendah dengan kualiti barangan terbaik manakala peniaga dapat meningkatkan pendapatan.

“Semua pihak mendapat keuntungan hasil jualan prihatin itu sekali gus membantu rakyat menyimpan wang untuk perbelanjaan lain,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya