Saya tidak pernah terima rasuah, kata suami Zeti

Saya tidak pernah terima rasuah, kata suami Zeti

ZETI AKHTAR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Dr. Tawfiq Ayman, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa. 

Menurut kenyataan dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co hari ini, beliau antara lain menegaskan tidak mengenali individu bernama Tim Leissner atau Roger Ng jauh sekali bertemu atau berkomunikasi dengan mereka. 

“Saya ingin menyatakan secara mutlak bahawa sepanjang hidup saya tidak pernah menerima sebarang rasuah daripada sesiapa.

“Oleh kerana prosiding kes masih berjalan di New York, saya dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang ulasan lanjut kerana ia mungkin menjurus kepada subjudis,” katanya. 

Kenyataan itu hadir susulan keterangan diberikan Leissner yang merupakan bekas pengerusi syarikat perbankan, Goldman Sachs pada prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, semalam. 

Dalam perbicaraan itu, Leissner dilaporkan menyebut kegiatan rasuah melibatkan Tawfiq mengenai projek usaha sama PetroSaudi – 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Leissner memberi keterangan itu selepas pihak pendakwa raya menyoalnya mengenai urusannya dalam projek tersebut dan mendengar melalui Roger, bahawa 1MDB melabur AS$1 bilion dalam projek itu. 

Katanya lagi, Roger memaklumkan bahawa dia (Roger) mendengar wang tersebut dipindahkan dalam tempoh yang singkat. Justeru, keterangan berkenaan membuatkan Tawfiq terkejut susulan media. 

Dalam pada itu, beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mendapatkan nasihat perundangan mengenai tindakan lanjut yang akan diambil susulan kenyataan oleh Leissner.  – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya