Saarani minta guru jangan bersara awal sebab Covid-19 

Saarani minta guru jangan bersara awal sebab Covid-19 

SAARANI Mohamad (dua dari kiri) melakukan gimik Pelancaran Smart G -Tuisyen dan Program Makanan Percuma pelajar SPM, SVM, STPM dan STAM 2021 di Ipoh, Perak, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak meminta guru di negeri ini tidak mengambil keputusan meletak jawatan atau bersara awal disebabkan Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai guru yang hilang tumpuan disebabkan wabak itu.

Saarani mengakui terkejut apabila menerima berita tersebut kerana guru merupakan ejen perubahan masyarakat.

“Semasa saya pergi ke Gerik, Pegawai Pendidikan Daerah melaporkan ada guru-guru yang hilang fokus nak pencen awal, misalnya yang berumur 40 tahun.

“Cikgu adalah ejen, pemimpin dan pemberi motivasi, jadi cikgu tidak boleh ada ayat itu (berhenti sebab Covid-19) dia mesti mengajak masyarakat melawan Covid-19, itu semangat yang saya hendak,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Pelancaran Smart G-Tuisyen dan Program Makanan Percuma Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani, di sini hari ini.

Ditanya jumlah guru yang memohon untuk berhenti disebabkan Covid-19, Saarani memaklumkan pihaknya tidak mempunyai jumlah sebenar.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak mempunyai halangan sekiranya guru yang memohon untuk bersara awal atas faktor kesihatan semasa pandemik.

“Cikgu yang sakit itu tajuk lain, kalau cikgu masih ada tenaga jangan dia gunakan perkataan dia berhenti kerana Covid sebab itu memusnahkan semangat orang ramai.

“Minta tolong sangat, jangan letak jawatan semata kerana Covid-19 sebab anak-anak kita, pelajar kita, generasi kita, berhadapan dengan bermacam masalah dan cikgulah orang yang patut membantu dan memimpin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya