MOSCOW: Krisis Rusia dan Ukraine tiba kemuncak semalam apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan serangan bagi mempertahankan kumpulan pemisah di timur negara itu. Menerusi kenyataan mengejut yang dibuat secara langsung dalam siaran televisyen, Putin mengecam ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang berlaku di timur Ukraine sebelum ini dan menyelar dasar agresif Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terhadap Moscow. “Saya sudah membuat keputusan untuk melancarkan operasi ketenteraan dan Rusia juga akan berusaha menamatkan tindakan ketenteraan dan pergerakan yang bermotif nazi di Ukraine,” kata Putin. Putin turut berjanji untuk mengheret mana-mana pihak yang terlibat dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya