Rohana selesai beri keterangan kepada SPRM - Utusan Malaysia

Rohana selesai beri keterangan kepada SPRM

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd., Datuk Rohana Rozhan mengesahkan bahawa dia telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkannya melalui firma guaman, Tetuan Valen, Oh & Partners, Rohana telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa itu.

“Saya merujuk kepada dakwaan yang dibuat mengenai saya di media. Saya telah pergi ke pejabat SPRM dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut laporan Utusan Online semalam, sumber SPRM memaklumkan Rohana telah hadir memberi keterangan pukul 9 pagi semalam (Khamis).

Keterangan itu diberikan bagi membantu siasatan berikutan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner dalam perbicaraan kes seorang lagi bekas pegawai bank itu, Roger Ng Chong Hwa berkautan dengan penyelewengan dana syarikat 1Malaysia Development Ber­had (1MDB).

Dalam keterangannya, Leissner mendakwa Rohana telah memintanya untuk membelikannya sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta, jika tidak mahu penglibatan lelaki itu dalam skandal kewangan yang turut membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didedahkan kepada umum.

Leissner ketika itu mempunyai hubungan dengan Rohana yang dikatakan diketahui di seluruh Asia Tenggara.

Pada 2018, Leissner mengaku bersalah atas mengaku bersalah atas dua tuduhan jenayah membabitkan skandal tersebut dan diarahkan untuk memulangkan AS$43.7 juta kepada kerajaan Amerika Syarikat.  – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN