Ribut: Gangguan bekalan elektrik di Terengganu ambil masa untuk pulih

Ribut: Gangguan bekalan elektrik di Terengganu ambil masa untuk pulih

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gangguan bekalan elektrik di Terengganu akibat hujan lebat dan ribut yang berlarutan dijangka mengambil masa panjang untuk dipulihkan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan berkata, hal itu kerana banyak pokok tumbang akibat ribut dan menghempap tiang serta talian.

Katanya, antara kawasan yang terjejas ialah di daerah ini di samping Kuala Berang di Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak.

“Pasukan teknikal berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook TNB Careline.

Selain Terengganu, masalah sama turut dialami di enam kawasan di Kelantan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tumpat dan Machang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya