Remaja 15 tahun didakwa bunuh bayi

Remaja 15 tahun didakwa bunuh bayi

REMAJA berusia 15 tahun yang dipercayai membunuh bayinya didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman di Kemaman hari ini.- NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Remaja berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayinya pada 8 Februari lalu. 

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman. 

Terdahulu, tertuduh yang berbaju T berwarna hitam dan bertudung hanya menundukkan kepala ketika tiba di pekarangan mahkamah  pukul 8.40 pagi. 

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menyebabkan kematian bayinya yang dilahirkan di sebuah rumah di daerah ini antara pukul 7 hingga 9 pagi. 

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam, Nurainie Haziqah Shafii. 

Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin tertuduh dan menetapkan 16 Mac depan untuk sebutan semula. 

Pada 8 September lalu, Utusan Malaysia melaporkan bayi lelaki seberat 2.49 kilogram yang baharu dilahirkan ditemukan mati dengan kesan tikaman pada dada dipercayai dibunuh ibunya.

Berkaitan kes itu juga, polis sebelum ini mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan kes didakwa merogol remaja bawah umur itu  tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata,  lelaki yang dicari dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan beralamat di Bandar Seri Bandi di Kemaman. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya