Rayuan bekas pegawai kanan DBKL diputuskan 28 Februari

Rayuan kes bekas pegawai kanan DBKL diputuskan 28 Februari

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rayuan pendakwaan berhubung pembebasan bekas timbalan pengarah kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd. Salleh terhadap tuduhan menerima rasuah RM150,000 akan diputuskan Mahkamah Tinggi, Isnin ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi media hari ini.

Kes itu akan diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

Tambahnya, pihak pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah pada 28 Januari lalu.

Pada 8 April 2021, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan Sabudin, 60, tanpa memanggilnya membela diri atas pertuduhan menerima bagi dirinya barang berharga iaitu wang tunai RM150,000 daripada Pengarah Tegap Elit Sdn. Bhd., Chia Chee Seng.

Wang itu sebagai dorongan melakukan suatu perbuatan di bawah hal ehwal prinsipalnya iaitu memperakukan sijil bayaran kemajuan tuntutan yang dikemukakan oleh beberapa syarikat.

Sabudin yang ketika itu merupakan bekas Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar didakwa melakukan perbuatan itu di antara 13 Ogos dan 19 Ogos 2018 disebuah rumah di Ukay Perdana di sini.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap kes berkenaan.

Pihak pendakwaan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut pada 13 April 2021. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN