KUALA LUMPUR : Amalan berbekam sebenarnya sudah tidak asing lagi dalam masyarakat pelbagai budaya lantaran ia dipercayai mampu memberi kesan yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.
Malah, ia juga adalah sesuai dengan amalan sunah Nabi Muhamad SAW sejak sekian lama, sama ada untuk merawat penyakit ringan mahupun yang kronik.
Bagaimanapun, sedar atau tidak, wujud lagi pandangan atau persepsi tidak tepat mengenai rawatan bekam dan jurubekam yang terpalit dengan pelbagai dakwaan-dakwaan samar sementelah, begitu banyak pula pusat rawatan seumpamannya tumbuh bak cendawan.
Hakikatnya, ia bukanlah rawatan jalanan memandangkan setiap jurubekam profesional perlu menjalani latihan tertentu sebelum memperolehi sijil kelayakan bagi melakukan prosedur berkenaan.
Hal ini diakui oleh Pengasas Kumpulan Perubatan Neo Wellness, Prof Dr Ab Aziz Al Safi Ismail yang menjadi antara syarikat 100 peratus milik bumiputera yang didaftarkan di bawah syarikat Neo Beqam Sdn Bhd.
“sejak ditubuhkan pada 2015, rawatan bekam di pusat kami adalah antara yang berjaya meraih keperayaan pengguna dan pesakit yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.
“Ia turut diiktiraf sebagai pusat amalan perubatan bersepadu yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi dan setanding perkhidmatan di hospital terutamanya untuk rawatan sakit kronik.
“Rawatan bekam klinikal yang kami sediakan juga amat unik kerana ia berteraskan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bersih, selamat dan memberikan kesan perubatan yang positif,” katanya.
Menurut Prof Dr Abd Aziz lagi, kaedah yang digunakan juga selari dengan protokol untuk mengubati pelbagai penyakit kronik.
“Lebih menarik, segala perundingan dan rawatan dipantau oleh saya sendiri serta dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman,”katanya yang pernah membuat kajian mengenai keberkesanan kaedah bekam merawat sakit kronik sebelum ini.
Tambahnya, selepas lebih lima tahun beroperasi, hingga kini pusatnya tidak hanya dikunjungi dan dimanfaat penduduk sekitar, tetapi juga dari luar kawasan merangkumi seluruh negeri.
“Selama lima tahun ini juga kami sudah meraih kepercayaan pesakit dari serata pelusuk tempat yang berikhtiar untuk berubat terutama yang bergelut dengan sakit kronik seperti buah pinggang dan kanser.
“Malah kami menjadi satu satunya klinik yang mempunyai mesin ‘non-invasive,”katanya.
Prof Dr Abd Aziz yang lebih 20 tahun berpengalaman dan dilatih dalam rawatan konvensional atau alopati, menimba ruang kerja sebagai pensyarah dan perunding di sebuah pusat rawatan diabetes yang juga hospital latihan di Kelantan.
“Ketika bekerja di situ, saya mendapati dua isu utama. Pertamanya, peningkatan mendadak peratusan pesakit diabetes saban tahun.
“Keduanya, pesakit diabetes ini pada akhirnya akan berdepan kemungkinan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, serangan jantung, strok dan gangrene.
“Komplikasi ini terjadi walaupun ada alternatif ubat-ubatan dan pendekatan lain dalam rawatan diabetes. Pokok pangkalnya ia kena dicegah sebelum merebak. Jadi berubatlah dengan kaedah alternatif bekam dan dibantu dengan pelbagai peralatan canggih sesuai dengan peredaran masa kini,” katanya.
Antara bantuan mesin dan peralatan canggih yang sesuai dengan tujuan rawatan bekam termasuk hipertermia, ECP dan CTU dan i-tera yang biasanya digunakan bagi mempercepatkan proses pemulihan.
“Hipertemia atau dikenali sebagai terapi haba dianggap salah satu keadah perubatan bersepadu perlu diguna pakai sebagai terapi. Ia agak baru sebagai prosedur klinikal, di mana tisu badan terdedah kepada suhu tinggi yang boleh merosakkan dan membunuh sel penyakit kronik dan tidak pada tisu normal.
“Dalam tempoh dua dekad yang lalu, hipertermia telah digunakan sebagai pelengkap yang cekap kepada rawatan standard terapi seperti terapi sinaran dan kemoterapi. Perkhidmatan ini merupakan yang pertama di Pantai Timur yang dijalankan di Neo Wellness.
“Mesin ‘Deep Heat’ pula dihasilkan untuk mencairkan dan mengeluarkan bahan buangan badan dengan meningkatkan peredaran dalam sistem limfa dan darah serta merangsang dalam menghasilkan kolagen dan elastin, meningkatkan mekanisme pertahanan badan supaya bertambah baik,” katanya.
Katanya lagi, Hipertemia turut berupaya meningkatkan sistem pertahanan badan dangan mengaktifkan sel Natural Killer atau NK Cell.
“Ia juga dapat merawat jangkitan virus atau bakteria, meningkatkan peredaran darah dan kandungan oksigen dalam badan serta merawat kesakitan pada otot dan sendi.
“Kecederaan disebabkan aktiviti sukan juga boleh dipraktikkan menerusi cara ini. Tak ketinggalan merawat sindrom Raynaud yang menyebabkan jari tangan dan kaki kebas, luka atau kudis disebabkan Diabetes,penyakit berkaitan darah tinggi dan strok, masalah mati pucuk dan jantung,” katanya.
Dalam pada itu, Prof Dr Abd Aziz berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak banyak pusat rawatan.
“Sekurang kurangnya satu negeri ada satu pusat rawatan bagi memudahkan pesakit yang memerlukan rawatan bekam dengan cepat dan berkesan.
“Kami mahu menaiktaraf sistem sedia ada supaya boleh terus memberi lebih lagi nilai tambah kepada pesakit.
“Hingga kini kami terus mengikat kesetiaan ramai pesakit dan penggunanya,” katanya.