Rasai cabaran sebenar di Kelab Golf Bukit Besi

Rasai cabaran sebenar di Kelab Golf Bukit Besi

KEHIJAUAN fairway KGBB menyerlahkan lagi keindahan panorama dengan kebiruan air tasik jernih yang mengeliling padang golf tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI pemain golf yang pertama kali menjejak kaki ke Kelab Golf Bukit Besi (KGBB), Dungun, Terengganu, pasti terpesona dengan panorama menarik dan mendamaikan dengan kebiruan air tasik jernih dan bersih yang mengeliling padang golf Bukit Besi ini.

Pengurus KGBB, Mohamad Awang

Namun, ketenangan dan kedamaian itu terus hilang tatkala pemain mula melakukan tee off sama ada di lubang pertama (1st nine) atau lubang ke-10 (2nd nine). Ini kerana cabaran yang menanti setiap lubang di KGBB ini cukup menagih pukulan cantik setiap pemain.

Siapapun pemain yang gagal melakukan pukulan cantik ke tengah lapangan (fairway), pastinya bola golf mereka akan masuk ke semak atau singgah di atas lereng bukit atau jatuh gaung yang sukar dicari, atau lebih malang masuk tasik.

Kalau anda handikap 24, bawa bola banyak-banyak jika bermain di KGBB, takut nanti tak cukup bola pulak. KGBB bukan calang-calang padang golf kerana ia berbukit-bukau, berselekoh dan banyak juga kolam,” katanya seorang kawan yang pernah bermain di situ.

Melihat kepada landskap padang KGBB yang panjangnya 6,150 meter, berbukit-bukau, berselekoh dan dikelilingi tasik yang terhasil dari perlombongan biji besi, ternyata ia memberi cukup cabaran kepada setiap pemain yang beraksi di sini.

GREEN yang lembut dan agak laju menjadi kegilaan pemain golf untuk kembali beraksi di sini.

Tidak hairanlah ramai yang berpesan, jangan tamak dan jangan asyik hendak pukul jauh sahaja jika bermain di KGBB kerana di sini seseorang pemain hanya mampu mencatat keputusan baik jika sabar dan bijak merancang dengan meletakkan bola di fairway dan green.

KGBB di bawah kendalian Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kini menjadi antara padang golf yang ‘mesti bermain’ jika berkunjung ke Terengganu. Ini kerana ia bukan sahaja memberi cabaran sebenar kepada pemain tetapi juga keadaan fairway dan greennya yang semakin baik dan lancar.

TAPAK perlombongan biji besi jelas kelihatan dari tee box lubang 5.

Hamparan rumput Bermuda pada permukaan Green yang agak lembut dan mampu memberhentikan bola yang singgah ke green, di samping kelajuan antara 8.5 hingga 9.0 mampu memberi kepuasan kepada pemain.

Menurut Pengurus KGBB, Mohamad Awang, sememangnya KGBB sering menjadi perbualan ‘kaki-kaki’ golf yang pernah beraksi di sini dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.

Katanya, apa yang menarik di KGBB ini ialah setiap lubang mempunyai karektor yang berbeza-beza dengan cabarannya yang tersendiri.

BUGGY baharu disediakan kepada semua pemain yang beraksi di KGBB.

Namun, kata Mohamad, bagi pihak pengurusan KGBB, dia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dari semua segi termasuk kondisi padang dan green serta fasiliti-fasiliti lain.

Ramai pemain yang datang dari luar Terengganu, jika bermain di KGBB, mereka akan menginap di resort yang disediakan pada harga berpatutan.

KEMUDAHAN resort turut disediakan bagi ‘kaki golf’ yang ingin bermalam di KGBB.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, KGBB kerap menjadi lokasi beberapa kejohanan dan terbaharu Bukit Besi Golf Challenge 2022 yang akan berlangsung pada 1 Mac ini.

Katanya, kejohanan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu A, B dan C, manakala penyertaannya hanya RM140 (ahli KGBB) dan RM180 (bukan ahli). – UTUSAN

HARGA

18 lubang (4 orang) = RM296.80
Harga
Green = RM 40/seorang
Harga
Buggy = RM 60/berdua

Pakej Bermain dan Menghinap = RM95.40/seorang
Termasuk bilik (berdua)

Golf percuma 18 lubang untuk 2 orang

FASILITI

Resort

Dewan Seminar

Bilik Mesyuarat

HUBUNGI

KELAB GOLF BUKIT BESI

09-8334187/013 9216886

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya