Rakyat Malaysia terkandas di Ukraine selamat tiba di Poland

Rakyat Malaysia terkandas di Ukraine selamat tiba di Poland

SEBAHAGIAN daripada 11 rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine selamat tiba di Poland, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine sejak beberapa hari lalu selepas pencerobohan Rusia selamat tiba di Poland, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah awal pagi tadi.

“Alhamdulillah, konvoi yang memindahkan sembilan rakyat Malaysia dan dua tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Ukraine, Fadhilah Daud telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland.

“Konvoi tersebut telah disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Malaysia di Poland. 

“Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Rusia mula menceroboh Ukraine dengan serangan berskala besar pada 24 Februari, selepas beberapa minggu menempatkan tenteranya di sekitar sempadan negara itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa terdapat sejumlah 23 rakyat Malaysia di Ukraine yang berdaftar dengan kedutaan.

“Malaysia memandang serius konflik yang berlaku di Ukraine,” kata Ismail Sabri semalam.

“Dalam keadaan kritikal seperti ini, semua tindakan mesti digandakan untuk mencari perdamaian. Konflik itu mesti diselesaikan secara dialog dan rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Malaysia akan terus memberi sokongan kepada setiap tindakan demi keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya