Pulau Pinang belum cadang wajibkan jemaah lengkap dos penggalak - Utusan Malaysia

Pulau Pinang belum cadang wajibkan jemaah lengkap dos penggalak

PULAU Pinang belum bercadang mewajibkan hanya mereka yang sudah mendapatkan suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat secara berjemaah di surau dan masjid di negeri itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum bercadang mewajibkan hanya mereka yang sudah mendapatkan suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat secara berjemaah di surau dan masjid di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, setakat ini kerajaan negeri mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan aktiviti masjid dan surau seperti dikeluarkan sebelum ini.

“Tiada perubahan setakat ini, SOP sebelum ini masih diguna pakai di masjid dan surau, namun ia tertakluk kepada kemas kini daripada Kementerian Kesihatan,” katanya di sini hari ini. 

Di Selangor bermula hari ini, hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak dibenarkan hadir menunai solat Jumaat di masjid seluruh negeri itu.

Ia berikutan ketetapan terkini yang diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pengurusan masjid, surau dan musolla negeri itu.

Pada 26 November tahun lalu, Pulau Pinang membenarkan semua aktiviti pengimarahan di masjid dan surau diadakan secara bersemuka namun jemaah perlu melengkapkan dua dos vaksinasi.

Antara aktiviti pengimarahan yang dibenarkan merangkumi majlis rasmi dan aktiviti sosial seperti aktiviti ceramah agama, kelas pengajian, mesyuarat jawatankuasa, majlis akad nikah, jamuan makan dan program gotong-royong.

Selain itu, jemaah juga perlu memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di ruang masjid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya