PRN Johor: Polis ingatkan jangan sabotaj

PRN Johor: Polis ingatkan jangan sabotaj

KAMARUL Zaman Mamat (kanan) berbual dengan seorang pelanggan kedai ketika meninjau lokasi-lokasi kempen calon PRN Johor di sekitar Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Semua parti politik dan penyokong mereka diminta untuk bersaing secara sihat dan tidak terlibat dalam sebarang salah laku termasuk tindakan sabotaj pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat membuat gesaan itu ekoran beberapa kejadian termasuk melibatkan beberapa bendera sebuah parti politik dibakar dan dibuang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang.

Menurut beliau, polis memandang serius tindakan tersebut dan akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara itu termasuklah memanggil wakil parti-parti politik untuk membantu siasatan.

“Memasuki hari ketiga berkempen, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku kecuali kejadian beberapa bendera parti dibakar, yang diketahui pagi tadi. Kita akan siasat perkara itu selain turut meningkat rondaan dan menambah lagi pasukan pemantau bagi memastikan tiada tindak balas atau kejadian sama berulang.

“Saya menasihatkan semua pihak, parti politik dan penyokong mereka untuk bertenang dan berkempen secara sihat dan jangan ambil tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya kekacauan sepanjang tempoh PRN Johor ini,” katanya ketika meninjau lokasi kempen yang dijalankan calon-calon bertanding di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Pagi tadi, beberapa helai bendera sebuah parti dilaporkan telah dibakar di DUN Layang-Layang, manakala beberapa papan poster melibatkan PKR juga didakwa telah dirosakkan di DUN Tenggaroh.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman turut mengingatkan semua pihak yang terlibat untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

“Sekiranya peraturan kata kempen tamat pukul 10 malam, tamatkan sahaja, tidak perlu untuk memohon masa dilanjutkan. Pematuhan SOP ini bukan perkara yang terlalu sukar untuk dilaksanakan, kalau masih berdegil kita akan ambil tindakan, mudah sahaja,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, sebanyak 10 permit ceramah untuk berkempen bagi PRN Johor sudah diluluskan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya