PRN Johor: PKR akui rundingan sukar kerana Muda mahu kerusi lain

PRN Johor: PKR akui rundingan sukar kerana Muda mahu kerusi lain

SYED IBRAHIM SYED NOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah menolak tawaran tiga kerusi daripada PKR untuk diberi laluan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyebabkan mereka gagal mencapai kata sepakat.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu juga masih menuntut kerusi yang lain daripada tawaran berkenaan.

“Suka saya sebutkan sekali lagi bahawa siri rundingan bersama Muda telah dilakukan beberapa kali dengan secara jujur dan terbuka dalam semangat kebersamaan pembangkang di Johor. 

“Namun tiga kerusi yang ditawarkan PKR telah ditolak dan Muda masih menuntut kerusi yang lain daripada tawaran. Ia menjadi sulit apabila kerusi yang ‘dituntut’ merupakan kerusi bandar dan campuran yang tidak mudah dicatur tanpa mengambil kira kekuatan yang ada pada PKR. 

“Justeru, rundingan tidak dapat diteruskan,” katanya dalam kenyataan balas parti itu susulan pendedahan Syed Saddiq yang memaklumkan rundingan bersama PKR untuk pembahagian kerusi gagal mencapai kata sepakat.

Walaupun bersedia untuk terus mengadakan rundingan, Syed Saddiq berkata, Muda akan menyerahkan kepada pengundi sekiranya pertindihan kerusi tidak dapat dielakkan pada PRN Johor nanti.

Sementara itu, tambah Syed Ibrahim, selaku parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH), PKR tetap berpegang kepada semangat muafakat yang menekankan kesetiakawanan tanpa ugutan atau ancaman. 

“Sejak pembangkang bersama, sama ada semasa Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau PH, semangat ini tetap dipegang tanpa pertindihan kerusi demi pembelaan rakyat dan masa depan negara. 

“Janganlah dicemari semangat tersebut demi tuntutan semata-mata. Tumpulah kepada kerusi yang ditandingi untuk membela rakyat dan membawa masa depan serta maruah Johor dan rakyatnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya