PRN Johor: Pas puas hati dapat 15 kerusi - Utusan Malaysia

PRN Johor: Pas puas hati dapat 15 kerusi

IDRIS Ahmad berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada calon peperiksaan SPM dan STAM di Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Pas berpuas hati dapat bertanding 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas amat berpuas hati dengan pengagihan kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) dan bilangan kerusi yang diperoleh Pas.

“Kita puas hati apabila mendapat tahu Pas diberi 15 kerusi untuk kita bertanding di PRN Johor. Cukuplah tu, kena bagi orang lain juga,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini hari ini.

Menurut Idris, jentera Pas dari seluruh negara telah digerakkan untuk membantu calon-calon Pas yang bertanding serta calon rakan komponen dalam PN.

“Kita akan buat kerja bersungguh-sungguh dalam PRN Johor dengan jentera yang kita ada ini agar calon yang diketengahkan dari Pas dapat menyumbangkan kemenangan kepada PN. Sebagai satu pasukan, kita akan buat kerja habis-habisan bagi memastikan kemenangan di Johor,” katanya.

Semalam, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai calon yang akan ditandingi PN pada PRN Johor dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 33 calon, Pas 15 dan Gerakan lapan kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya