PRN Johor: Hasni poster boy BN

PRN Johor: Hasni poster boy BN

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) mengemukakan Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai poster boy sekali gus bakal dilantik Menteri Besar Johor sekiranya BN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 21 Mac ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak dan penyokong BN perlu memberikan sokongan memastikan kemenangan parti.

“Sesiapa pun menjadi calon BN, semua parti komponen akan bergerak sebagai satu jentera tanpa mengira apa parti bertanding dan daripada mana dia datang.

“Kita akan bekerja bersungguh-sungguh dan mengetepikan segala polemik, yang penting adalah kita wajib memenangkan semua calon BN,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon BN di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya