PRN Johor: Calon PKR didakwa adakan majlis untuk cuba ‘beli undi’

PRN Johor: Calon PKR didakwa adakan majlis untuk cuba ‘beli undi’

MUHAMMAD Syafiz Zaidol menunjukkan laporan polis terhadap Dr. Zamil Najwah Arbain kerana mengadakan majlis minum petang ketika berkempen pada PRN Johor di Larkin, Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin membuat laporan polis terhadap calon PKR, Dr. Zamil Najwah Arbain kerana mengadakan majlis minum petang ketika berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Muhammad Syafiz Zainol, 39, berkata, dia membuat laporan polis itu kerana percaya perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis sama terhadap mana-mana calon PRN Johor lain yang melakukan perbuatan sama.

“Ketika saya sedang bersarapan, saya melihat satu video calon PKR bagi DUN Larkin ini mengadakan sesi ‘hi-tea’ dengan menjemput masyarakat. Sebagai pengundi saya rasa itu satu bentuk rasuah kerana dia mengharapkan balasan orang ramai mengundinya.

“Sebagai salah seorang daripada calon yang akan bertanding dan berhasrat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau sepatutnya tidak terlibat dengan perbuatan sedemikian, ia tidak adil,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, hari ini.

Dalam video berkenaan, calon PKR iaitu Dr. Zamil Najwah turut kelihatan bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir.

Muhammad Syafiz yang juga seorang kontraktor berharap pihak berkuasa akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas agar perbuatan cuba membeli undi tidak lagi berulang.

“Saya tidak berpihak kepada sesiapa, laporan polis ini dibuat terhadap calon PKR adalah kerana disebabkan video berkenaan yang dikongsi di laman Facebook parti itu sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya