PRN Johor: Calon Muda terawal tiba di DUN Larkin

PRN Johor: Calon Muda terawal tiba di DUN Larkin

MOHD. Hairi Mad Shah (tengah) tiba untuk proses penamaan calon PRN Johor di Dewan JKR Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tiba terlebih awal ke pusat penamaan calon Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru, di sini.

Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu Ketua Penerangan Muda Johor, Rasid Abu Bakar tiba bersama seorang pencadang dan seorang penyokongnya pada pukul 8.22 pagi.

Kemudian pada pukul 8.30 pagi, calon Barisan Nasional (BN), iaitu Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah tiba bersama pencadang dan penyokongnya.

Difahamkan, kerusi DUN Larkin dijangka menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya lima penjuru, termasuk pertembungan antara Muda dan PKR yang dikatakan mempunyai jalinan kerjasama melibatkan mereka dalam blok pembangkang.

Perikatan Nasional (PN) pula dijangka menampilkan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Zulkifli Bujang yang juga bekas wartawan penyiaran disamping calon PKR dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN