PRN Johor: BN tukar calon untuk penyesuaian

PRN Johor: BN tukar calon untuk penyesuaian

HASNI Mohammad menyampaikan trofi kepada Kelab Terbaik Sahabat Usahawan AIM sempena Majlis Perasmian Bengkel Kepemimpinan Pusat Sahabat Usahawan AIM Wilayah Johor di Hotel Impiana, Senai, Johor. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Barisan Nasional (BN) menegaskan pertukaran calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dibuat saat akhir kelmarin bukan bermakna individu terlibat tidak diterima atau tidak layak.

Sebaliknya kata Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad, pertukaran itu dibuat atas dasar kesesuaian calon yang diletakkan mengikut kriteria dan komponen utama agar meraih kemenangan pada 12 Mac ini.

“(Pertukaran calon) ia tidak bererti bahawa perubahan itu sebagai kaedah atau mendapati calon berkenaan tidak sesuai, ia bukan begitu. Ini adalah kerana kita mahu menggunakan pendekatan representasi wanita yang tinggi dan representasi orang muda yang sewajarnya selain meletakkan kelulusan akademik sebagai komponen penting (pemilihan calon),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan Majlis Kepemimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Johor 2022 di Senai di sini, hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan UMNO sebagai komponen BN mengumumkan pertukaran calon selepas pengumuman dibuat yang menyaksikan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang dan Tanjung Surat ditukar.

Pertukaran itu melibatkan calon awal DUN Tanjung Surat, Datuk Syed Sis Abd. Rahman yang digantikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang, Aznan Tamin manakala Selamat Takin menggantikan Mohd. Helmi Abd Latif di DUN Sungai Balang.

Mengulas lanjut, Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor berkata, pertukaran calon itu adalah perkara biasa malah turut dilakukan oleh rakan-rakan parti komponen BN.

“Pertukaran saat akhir itu dibuat atas semangat BN, kita lihat parti seperti MCA juga mengubah senarainya dan MIC juga berbuat demikian. Sudah tentu UMNO perlu membuat penyesuaian apabila kita mahu memuktamadkan pengagihan kerusi dalam BN,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya jika terdapat penolakan sokongan daripada jentera selepas proses penamaan calon selesai, Hasni hanya memaklumkan bahawa jentera parti masih belum berfungsi sepenuhnya.

“Saya tidak nafikan bahawa jentera BN masih belum 100 peratus beroperasi, dan pengalaman mengajar kita bahawa jentera di sepanjang tempoh kempen ini sentiasa menggunakan kaedah mendekati pengundi secara beperingkat.

“Kita membuat kajian di lapangan untuk menambah baik lagi pendekatan jentera BN dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya