PRN Johor: 70 peratus calon BN muka baharu

PRN Johor: 70 peratus calon BN muka baharu

prn johor
AHMAD Zahid Hamidi (tengah) ketika mendengar ucapan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad pada hari pengumuman calon Dewan Badan Perhubungan UMNO Johor, semalam. Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (dua dari kanan); Naib Presiden MIC, M. Asojan (kanan) dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (lima dari kiri) dan Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak hadir pada pengumuman 56 calon BN Johor bagi PRN Johor di Dewan Badan Perhubungan UMNO Johor, Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. disini. FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) mengetengahkan 70 peratus muka baharu dalam kalangan 56 calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih 80 peratus calon berusia 55 tahun ke bawah manakala 80 peratus calon berkelulusan akademik serta profesional.

Beliau berkata berkata dalam pengumuman calon BN di sini hari ini.

BN juga mengemukakan Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai poster boy sekali gus bakal dilantik Menteri Besar Johor sekiranya BN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 21 Mac ini.

Ahmad Zahid berkata, semua pihak dan penyokong BN perlu memberikan sokongan memastikan kemenangan parti.

“Sesiapa pun menjadi calon BN, semua parti komponen akan bergerak sebagai satu jentera tanpa mengira apa parti bertanding dan daripada mana dia datang.

“Kita akan bekerja bersungguh-sungguh dan mengetepikan segala polemik, yang penting adalah kita wajib memenangkan semua calon BN,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon PRN Johor.

Ketenteraman awam

Suruhanjaya itu berharap ia berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, semua calon dan parti-parti politik yang terlibat diminta sentiasa mematuhi arahan.

Katanya, mereka perlu patuhundang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan pihaknya, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini termasuk juga peraturan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada hari berkenaan.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 bagi pelaksanaan PRN berkenaan akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses perjalanan pilihan raya.

“(Proses pilihan raya itu) melibatkan proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

“SOP tersebut diluluskan Kementerian Kesihatan pada 18 Februari lalu. Selaras dengan Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya.

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya