PPS tempat penduduk terjejas akibat kebakaran sampah ditutup - Utusan Malaysia

PPS tempat penduduk terjejas akibat kebakaran sampah ditutup

KESEMUA penduduk yang terpaksa dipindahkan ekoran bencana kebakaran tapak sampah Pulau Burung di Nibong Tebal, Pulau Pinang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana yang dijadikan Pusat Penempatan Sementara (PPS) susulan  kebakaran tapak pelupusan sampah di Pulau Burung ditutup hari ini dengan semua penduduk  dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas cerapan terkini dan ulasan teknikal daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri menunjukkan kualiti udara di sekitar kawasan Ladang Byram bertambah baik dan kembali pulih. 

Menurut beliau, penutupan PPS itu juga secara tidak langsung telah menamatkan semua operasi di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah SPS. 

“Namun, pihak syarikat konsesi pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan meneruskan kerja-kerja penutupan Fasa 1 dan 2 hingga selesai di bawah pemantauan secara berkala oleh JAS Pulau Pinang,” katanya. 

Kelmarin, sebahagian daripada kira-kira 400 penduduk yang terjejas iaitu yang tinggal di sekitar kawasan Kampung Kebun Baru  dibenarkan pulang selepas kualiti udara  semakin baik. 

Tapak pelupusan sampah Pulau Burung dilaporkan   dipadamkan sepenuhnya pada 1 Februari lalu selepas kira-kira 20 hari  terbakar. 

Ekoran bencana itu, kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga di Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru diarahkan berpindah berikutan kualiti udara yang tercemar dengan mereka ditempatkan di dua PPS iaitu di SK Saujana Indah dan di SK Bakap Indah.   

Kejadian itu juga menyebabkan sebanyak 10 buah sekolah berdekatan diarahkan ditutup selama tiga hari berikutan indeks udara menunjukkan kepekatan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa. – UTUSAN  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya