'Port' judi laga ayam digempur

‘Port’ judi laga ayam digempur

PASUKAN penguat kuasa MPK menyita ayam laga dan menampal notis perobohan struktur binaan yang dijadikan lokasi sabung ayam dekat Taman Bayu Perdana di Klang, Selangor, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kegiatan haram laga ayam di sekitar Taman Bayu Perdana di sini, tumpas apabila digempur pihak berkuasa dalam operasi bersepadu semalam.

Serbuan khas itu dijalankan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama polis dan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa MPK, Shahrul Hazri Abd. Majid berkata, operasi dijalankan hasil maklumat risikan mengenai kewujudan struktur binaan yang menjadi tempat laga ayam dan tempat kurungan di lot tanah tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati dua struktur haram dibina secara berasingan di kawasan berkenaan.

“Berikutan itu, kita menerusi Jabatan Kesihatan menyita sebanyak 25 ekor ayam bagi tindakan lanjut.

“Selain itu, dua notis perobohan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari oleh Jabatan Penguat kuasa MPK,” katanya.

Jelas Shahrul Hazri, dua kesalahan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 81(b) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 72 (1) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

“Kesemua barang sitaan dibawa ke Jabatan Penguatkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti berkenaan didapati mendatangkan kacau ganggu kepada penduduk setempat.

“Tanah itu dipercayai milik persendirian namun kita tidak menemui pemilik atau wakil di lokasi berkenaan.

“Selain itu, terdapat ayam yang dikurung dalam kawasan tanah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi kenyataan memaklumkan sepasukan 12 pegawai diketuai Inspektor R. Ganesen hadir membantu kelancaran operasi berkenaan. UTUSAN

  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya