Polis Marin rampas rokok seludup hampir RM1.5 juta - Utusan Malaysia

Polis Marin rampas rokok seludup hampir RM1.5 juta

ROKOK seludup yang dirampas dalam Op Kontraban di sebuah rumah tanpa penghuni di Pasir Puteh, Ipoh semalam. - UTUSAN/IHSAN PPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas 10,160 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM1.47 juta di sebuah rumah tanpa penghuni di Pasir Puteh di sini, semalam.

Serbuan menerusi Op Kontraban pukul 8 malam itu disertai seorang pegawai dan enam anggota PPM Wilayah Satu serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perak.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya  pergi ke sebuah rumah yang disyaki dijadikan sebagai tempat penyimpanan  rokok tanpa cukai kastam.

Menurut beliau, setelah membuat pemantauan 24 jam, didapati tiada individu yang datang ke rumah tersebut.

“Pihak polis terpaksa memecahkan kunci pintu belakang rumah tersebut dan pemeriksaan di dalam premis itu menemukan beberapa kotak rokok pelbagai jenis tanpa cukai kastam yang disimpan di setiap bilik.

“Kesemua rokok-rokok itu disyaki rokok yang tidak dibayar cukai dan cuba diedar untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, rokok seludup membabitkan 9,600 karton rokok putih dan 560 karton rokok kretek disimpan dalam 199 kotak dengan nilai anggaran rampasan berjumlah RM1,474,440 beserta cukai. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya